Tuesday, May 18, 2010

mimpi mati

kamu mencabar dia
mencipta neraka dari bijih besi
mengubah cuaca dengan radio
sesat dalam bijaksana
apa yang dia tahu?
dia tahu semua

kamu mencalar dia
mencipta syurga dari zina
peluh jantan betina
paut raut benih dipersia
mabuk dalam bahagia
apa orang lain tahu?
dia tahu semua

kenapa tidak dihapus si jahil?
si jahil bunuh mulia!

kenapa mahu dibunuh jahil?
adakah hati kau hitam sama dia?

kenapa tak dihapus iblis?
dia punca segalanya!

iblis hanya mampu berbisik
bukankah kau melakukan segalanya?

aku tak mahu dibakar
aku juga tidak semulia
wujudkah tempat terasing
untuk yang tidak dilaknat yang juga tidak berpahala
wujudkah?

No comments:

Post a Comment