Monday, April 26, 2010

di sebalik kota (janji)



"janji pada akak,jaga diri baik2.bila sampai nanti cepat telefon akak".

agaknya tu yang makcik tu cakap.aku terserempak dengan diaorang kat stesen kuala lumpur.masa aku nak pergi heritage hotel.teringat mak aku.sebab ada dua makcik teringat mak ngah aku sekali.

Saturday, April 24, 2010

flat seri wangi

dah 3 minggu aku pindah sini.flat lama macam ni xda siapa peduli.pkns pun dah malas nak jenguk.agak haprak la kat luarnya.jiran2?adalah sekali sekala aku sengih xpun ckp,"baru balik bang?" kat brader2 yang aku terserempak.kalau aku xde mood aku buat2 la tak perasan.jiran sebelah memang xpernah bertembung.tapi ada satu benda yang buat aku cukup kenal dia.ya...beliau adalah seorang pejuang..

"tat tat tat tat!!!tat tat tat tat!!reload!reload!bommm!!!!tat tat tat tat!!!prrrrrrrrr!!!!!prrrrrrrr!!!!!bommmm!!!!"

itu yang aku dengar hari2 bila balik.begitu yakin berperang dengan volume yang tinggi.mungkin itu menaikkan semangat beliau.bila tiada musuh atau mungkin dah pening mengadap game tu,beliau akan berehat dengan lagu saleem.

sekarang ni pun beliau sedang menabur bakti.pukul 2 pagi.

"tat tat tat tat tat tat tat tat"

aku harus berhati2.nak2 pulak bila dekat tepi tingkap atau pintu belakang.xmahu mati terkena peluru sesat.

Friday, April 23, 2010

di sebalik kota

menapak dari masjid jamek.berjalan tepi bangunan sultan abdul samad.walaupun berpagar nampak jelas lorong panjang bangunan tu usang.kotor.sampah2.mungkin sebab bahu jalan lagi tinggi dari koridor lorong tu.sampah dibawa hanyut pabila hujan.bila belok ke kiri,bahagian depan,aku nampak satu pakcik sibuk menaip pakai typewriter.ada 7 8 orang di sekitar dia.macam tunggu giliran.ad sorang makcik duk membebel depan pakcik tu.macam bagi maklumat pasal apa entah.pelik jugaklah aku tengok.lalu aku duduk melepak bersama2 mereka.


pejabat mesra alam.


sambil aku tengok dieorang sambil aku picit2 butang camera.dah benda pelik (bagi aku lah).lama2 pakcik tu perasan.die toleh belakang,"bang,reporter ke?".sudah.macam marah je orang tua ni.nak jugak aku jawab reporter nak tengok reaksi dia.tapi sebab ni port dia + aku memang bukan reporter pun,aku jawab,"eh tak lah pakcik.minat aje"."hoo...minat..".sengih dia.dan terus bekerja."nasib baik kau senyum",cakap aku dalam hati.


jendela pejabat pakcik.


sambil2 tu aku intai2 lah apa yang dia taip.ape kena mengena dia dengan orang2 yang macam indon ni?yang macam thailand ni?tiba2 datang abang pelanggan kepada pakcik ni kat aku."bang tolong betulkan ni bang.jam dia x keluar.lepas tu loceng asyik berbunyi",sambil hulur handphone dia.cakap macam sabah2 sikit.sabah kot.bukan indon."hoo...boleh2.jap bang eh..saya betulkan.lepastu dengan selambanya dia tinggal phone dia kat aku lepas tu pegi bebincang dengan kawan2 dia.aku pun settinglah letak jam kat skrin,padamkan alarm dia.tak lama lepas tu dia datng semula."sudah?"aku angguk."terima kasih banyak abang ya.telefon saja tahu,yang lain semua x reti",pengakuan sambil gelak kecil.aku sengih aje.


abang baju biru tu ha yang bagi phone.ui pakcik dapat upah rm1o!


sempat jugak aku jeling kertas pada tangan dia.dia baru ambik kat pakcik menaip tu.macam pengesahan penduduk ke apa entah.aku rasa mungkin diorang ni sabah sarawak,kelantan dekat2 thailand.mungkin kerakyatan diorang xberapa jelas.mungkin nak dapat pengesahan kena isi borang dan pakcik yang menaip dapat bayaran untuk isi tolong diorang isi borang.ada ke benda macam tu?aku x pasti.siapa yang tahu tolong betulkan aku.heh.dah teduh sikit aku tinggalkan diorang.jalan2 ke depan lagi dengan tourist jepun.buat2 kenal.haha.


majulah bank untuk negara.

Tuesday, April 20, 2010

nanti i keluar i belikan.

harini x kerja.nah dia sms aku.mintak tolong topup dengan membebel suruh mandi.daripada malam tadi dah.malam tadi pun aku x keluar.benayoun score pun aku tido.mood bermalas malasan ni.dia sms "u tlg topup.i kt opis ni.nnt i byr balik pomish".pomish=promise.bila dia kata promise tu maksudnya dia dah bengang.haha.mungkin dia ada hal afterwork kot.dah afterwork petang karang la aku topup.tapi nak hujan ni.hujan sekarang selalunya lama.aku dah la mat rempit.kalau aku x topup mesti die lagi marah."apalah u selalu mcm tu!org ckp buat xtahu aje!"pastu merajuk.

tapi kan.aku malas gila nak keluar.hahahahahaha.rela aku bersandar sambil tulis entri ni dengan x mandinya.haha.petang sikit ye.

lakong zee patakong zee latopompo





scroll down news feed kat facebook,nampak profile kakak aku.statusnya "daun serai daun gaharu,belum try belum tau".mula2 aku ingat,apahal dia ni.rupenye2 tu pantun cerita laksamana do re mi.haha.bongok kakak aku ni.

macam tu la kami.cerita p.ramlee semua kami layan.dari kecik lagi.yela zaman2 dulu mana ada astro.rumah kampung aku tu ha pun baru2 je pasang astro sebab nak tengok bola.macam dulu2 jumaat malam sabtu,berlonggok tengok cerita p.ramlee.petang sabtu panas2 nah berlonggok tengok hindustan.malamnya pulak cerekarama.haha.tapi sekarang semua dah besar semua dah sibuk.jarang2 dapat peluang macam tu lagi.aku ingat lagi masa aku nak sambung belajar dulu.zaman tu yang atas2 aku semua da berhijrah dah.mak aku cakap, "abang da xde nanti,xde geng lah mak nak tengok p.ramlee".

alahai mak2..tapi mak relax je,nanti kami semua balik kita tengok sama2 ye.hee.lagipun die cakap macam tu sebab aku lah yang paling melayan cerita p.ramlee.tayang ulang2 pun bleh tengok.sebab ada scene yang xmampu org sekarang nak buat.kan.cuma aku xsuka sikit,kalau dalam bertiga tu,dialah yang paling hero,dia lah yang dapat awek cun.haha.apa2 pun dia tetap karwayan terbaik & cerita2nya lekat dalam hati kami semua.

kira yamato



ini budak baik.anak ayong cewek aku.aku geram budak ni.comel weh.kalau main2 dengan dia,dia akan gelak.tapi sebab dia xsampai setahun gelak dia xda bunyi.dia akan bukak mulut macam nak gelak nampak gusi2 dia.alahai.tapi aku control la.kang ayong nampak aku melayan sangat anak dia tu,nanti die ingat aku ni buat2 suka budak kecik @ mengada2 pulak.

nama dia qasih querra zandria.mak aih.baiknya budak ni,3 hari aku duduk sana,sekali je aku tengok dia betul2 menangis.alahai bertuahnya ayong.mintak2 anak aku macam tu nanti heh.tapi aku nak bagi nama diorang seketul je.contohnya adam.contoh je la kan.sebab nama aku dah agak moden.perasan.eh tapi betullah.adam bin asrulna'im.ok lah tu.kalau panjang2 kang, contoh ikram dinzly narnia bin asrulna'im.macam x best je.haha.apa aku ni fikir nak beranak pulak..jauh sangat tu.

Monday, April 19, 2010

tanah dan air.

dulu bila aku dengar 1 Malaysia aku suka.sebab memang pendapat aku, untuk bersatu x perlu tunjukkan perbezaan.sebab aku dari dulu xsuka cara orang kita yang selalu tunjuk perbezaan.dalam iklan hari2 pun boleh tengok."assalamuailaikum saya ali.ni hao say ah beng.vannakam saya ramu".apa salahnya semua cakap salam sejahtera.heh.

tapi bila aku dapat tahu itu bukan idea orang kita,aku kecewa sikit.siapa x kecewa.aku respect apa.tahu2 dari consultant luar.apa salahnya pakai idea sendiri.menyesal aku xbagitahu PM pasal idea aku.kalau aku nak bagitahu pun,ada ke salurannya.yang betul2 sampai kat dia.kan.ehh bazir dow pakai orang luar.orang kita terhegeh2 bayar cukai.

apa2 pun bila dah buat kena lah pastikan betul2 jalan.biarlah orang kata israel ke apa.paling2 kurang ada usaha.agak bernas.nampak macam menjadi.aku sebagai orang muda mengharapkan sesuatu yang positif dan berterusan.terima kasih.

Friday, April 16, 2010

merdeka sementara

ya harini tamat sudah kerja robotku di hartamas.pagi2 jumaat dengar lagu ni.hahah.merdeka.butterfingers.

hari isnin bayar cukai
selasa, lalai
rabu, khamis poket pokai
jumaat, sabtu, ahad kita.....

merdeka
bahagia
akhirnya
merdeka
merdeka

hari isnin muka garang
selasa, gemilang
rabu, khamis bagi ruang
jumaat, sabtu, ahad kita....

merdeka
bahagia
akhirnya
merdeka
merdeka

tiada sengketa antara kita
prasangka perkara biasa
tiada yg mustahil

merdeka
bahagia
akhirnya
merdeka
merdeka

hari ini
merdeka

Friday, April 2, 2010

haus nak mati

gila.haus gila.aku telan air liur,xlekat lgsg kat tekak.siap keluar bunyi ukkk ukkk lg.kering kaw.ajak budak2 ni.banyak la songeh pulak.dulu masa belajar sama2 xde pun bekira kelas pagi.mungkin dieoang da insaf kot.lantak korang lah.teguk la air paip karat shah alam ni.baru pindah apa pon tarak rumah ni.tapi makin pedih tekak.betul la ada karat.cis.lagi gila.aku lupa mlm ni 2nd anniversary.patut la die meletup aku sibuk kemas cat rumah td.masak aku.besok pegi jb.ohh tolong la faham.cis.