Sunday, May 23, 2010

dari mana kita datang

malam tadi aku lepak sama joe.dah 2 tahun lebih aku xjumpa dia.apa lagi macam2 lah cerita kenangan duduk asrama 5 tahun keluar bersembur2 atas meja hajris bistro.dari hajris bawak ke dataran pusing balik ke downtown.joe kata nak beli barang sambil mengina aku yang tiada wang.

tengah pusing2 joe tarik aku.

“pong tengok orang depan ni pong”. (tapong nama samaran aku di sekolah)

“siapa?”,aku menggunakan ketinggian untuk meninjau.yang aku nampak budak kecil pakai baju kurung.xkan joe lelaki kucing?

“tu la..”, joe tuding jari macam satu malaysia.tapi secara mendatar.

setelah aku amati,orang itu adalah cikgu zainul.ya.warden duduk rumah bawah naik rxz warna hijau.dengan anak bini gayanya.setelah betul2 pasti,kami merancang untuk menegurnya.maksud di sini bertegur sapa lah.kami potong satu lorong untuk buat2 terserempak dengannnya.

“kau la tegur dia joe.aku xda moment sangat dengan dia ni.nanti dia xkenal aku.dia mesti kenal kau.dia ajar kau fizik kan”.

akhirnya rancangan kami berjaya.cikgu zainul pindah 2006.2 tahun lepas kami spm.dia sekarang duduk di kajang mengajar di putrajaya.joe begitu gementar sehingga berpeluh2 dahinya.lepas tu kami sambung borak sambil shisha sampai aku pening kepala akibat perut kosong dan cuba tunjuk terer.

sampai shah alam aku baru teringat.aku ada juga satu momento sama dia.aku dengan bon bon.masa prep petang.

aku ingat lagi.lebih kurang tiap petang cikgu zainul bediri dekat tangga menghadap blok asrama sambil memberi arahan supaya semua orang cepat kosongkan asrama pergi prep.dan lebih kurang tiap petang juga,aku dan bon bon sebagai ahli tetap kelab ponteng mempunyai hijab terhadap arahan tersebut.

senyap sunyi asrama.kami fikir cikgu zainul dah masuk rumah untuk tidur petang atau sibuk mengira hasil rampasan spot check sambil senyum jahat.aku dengan bon bon bersandar menghadap pintu bilik.hari ni aku nak bukak salun rambut dan kecantikan.bon bon yang mempunyai masalah rambut kerinting menjadi pelanggan.

“ya u apa mau?”

“oo saya mau kasi lurus ini rambut la.buat itu rebonding”, jawab bon bon.

“hoo muleh2.senang saja.u mali sini”.

bon bon letak kepala atas peha aku.aku ambil seterika merah mak aku bagi,gosok2 kat rambut bon bon sebagai usaha rebonding walaupun seterika itu sejuk.sedang aku fokus dengan kerja aku, ada suara berdehem dari depan pintu salun aku (yang juga pintu bilik).

ya.suara cikgu zainul.terpacak depan pintu sambil tengok kesibukan aku melayan pelanggan.kami berdua kaku atas lantai.cikgu zainul juga kaku.mungkin xboleh menerima kenyataan yang dilihatnya.maka pergilah kami ke prep petang dengan xmandi.aku juga nekad untuk berhenti bukak salun.bon bon sebagai pelanggan berasa tertipu.kami mahu masuk universiti.

*aku juga pesan sama joe(yang mana dia akan jadi cikgu) supaya jangan tumbuk perut anak murid sendiri.sepertimana yang cikgu mat jusoh lakukan pada aku dekat pintu gerbang snuker IKIP.itu bukan gaya seorang guru.

1 comment:

  1. HAHAHAHAHA.
    kwaa...!! cepat kwaaa..!! (sambil terjingkit2 melonjak ke depan)
    lah...aku pernah pecah masuk umoh dia jugek...ngan yin...berani giler...selongkor itu ini...tgk album gmbo cikgu zaidi berpoya2 ngan gadis..gambo awek cikgu zaiyinul..HAHAHA
    tula, sape soh rmpas radio palito koi...

    ReplyDelete