Friday, May 28, 2010

jangan main gila

"tang tang tang tang tang!!!"

terkenyit2 mata kyrgiakos tumbuk lada nak buat sambal.

"potong aje subsidi tu.nanti susah nak masuk world cup".

aku anggguk.tanda sedikit sanggup menghadapi kenaikan harga.

"kau pun last season main macam tahi",aku jeling sama dia.

"tanggg tangg tangg!!!!"

dia hentak anak batu kuat2.aku buang sisik ikan sambil pakai headphone.

pendekar kaki berapi

beberapa hari lepas aku main futsal.mungkin buat kali terakhir bersama2 rakan seperjuangan.atau xde la akhir sangat.macam lambat lagi la nak dapat can macam tu.semua dah ada hala tuju masing2.

kebanyakan daripada kami memang asal dari satu team.team yang nombor satu law faculty tahun 2008 yang menang duit padahal aku dengan yu xbayar.team tu jugak kena belasah main inter-fac sampai kami rasa seronok dikalahkan.(sama budak law boleh la makan)

lepas main kami macam biasa mengamalkan cara hidup pemain pancit.hisap rokok sambil minum air kosong pejol bawak.masuk satu team lain main kat court kami tadi.

bawak sikit powww!!bawak sikit pow!!!

gila budak2 ni.betul geng kaki rembat ni.badan kecik2.rembat macam orang gila.

"ini evil team ke?" tanya aku pada alip.alip sengih macam biasa.

sambil aku ternganga tengok,timbul satu isu bergolak dalam diri aku.

"futsal rembat.di mana seninya?".

Sunday, May 23, 2010

dari mana kita datang

malam tadi aku lepak sama joe.dah 2 tahun lebih aku xjumpa dia.apa lagi macam2 lah cerita kenangan duduk asrama 5 tahun keluar bersembur2 atas meja hajris bistro.dari hajris bawak ke dataran pusing balik ke downtown.joe kata nak beli barang sambil mengina aku yang tiada wang.

tengah pusing2 joe tarik aku.

“pong tengok orang depan ni pong”. (tapong nama samaran aku di sekolah)

“siapa?”,aku menggunakan ketinggian untuk meninjau.yang aku nampak budak kecil pakai baju kurung.xkan joe lelaki kucing?

“tu la..”, joe tuding jari macam satu malaysia.tapi secara mendatar.

setelah aku amati,orang itu adalah cikgu zainul.ya.warden duduk rumah bawah naik rxz warna hijau.dengan anak bini gayanya.setelah betul2 pasti,kami merancang untuk menegurnya.maksud di sini bertegur sapa lah.kami potong satu lorong untuk buat2 terserempak dengannnya.

“kau la tegur dia joe.aku xda moment sangat dengan dia ni.nanti dia xkenal aku.dia mesti kenal kau.dia ajar kau fizik kan”.

akhirnya rancangan kami berjaya.cikgu zainul pindah 2006.2 tahun lepas kami spm.dia sekarang duduk di kajang mengajar di putrajaya.joe begitu gementar sehingga berpeluh2 dahinya.lepas tu kami sambung borak sambil shisha sampai aku pening kepala akibat perut kosong dan cuba tunjuk terer.

sampai shah alam aku baru teringat.aku ada juga satu momento sama dia.aku dengan bon bon.masa prep petang.

aku ingat lagi.lebih kurang tiap petang cikgu zainul bediri dekat tangga menghadap blok asrama sambil memberi arahan supaya semua orang cepat kosongkan asrama pergi prep.dan lebih kurang tiap petang juga,aku dan bon bon sebagai ahli tetap kelab ponteng mempunyai hijab terhadap arahan tersebut.

senyap sunyi asrama.kami fikir cikgu zainul dah masuk rumah untuk tidur petang atau sibuk mengira hasil rampasan spot check sambil senyum jahat.aku dengan bon bon bersandar menghadap pintu bilik.hari ni aku nak bukak salun rambut dan kecantikan.bon bon yang mempunyai masalah rambut kerinting menjadi pelanggan.

“ya u apa mau?”

“oo saya mau kasi lurus ini rambut la.buat itu rebonding”, jawab bon bon.

“hoo muleh2.senang saja.u mali sini”.

bon bon letak kepala atas peha aku.aku ambil seterika merah mak aku bagi,gosok2 kat rambut bon bon sebagai usaha rebonding walaupun seterika itu sejuk.sedang aku fokus dengan kerja aku, ada suara berdehem dari depan pintu salun aku (yang juga pintu bilik).

ya.suara cikgu zainul.terpacak depan pintu sambil tengok kesibukan aku melayan pelanggan.kami berdua kaku atas lantai.cikgu zainul juga kaku.mungkin xboleh menerima kenyataan yang dilihatnya.maka pergilah kami ke prep petang dengan xmandi.aku juga nekad untuk berhenti bukak salun.bon bon sebagai pelanggan berasa tertipu.kami mahu masuk universiti.

*aku juga pesan sama joe(yang mana dia akan jadi cikgu) supaya jangan tumbuk perut anak murid sendiri.sepertimana yang cikgu mat jusoh lakukan pada aku dekat pintu gerbang snuker IKIP.itu bukan gaya seorang guru.

Friday, May 21, 2010

gangguan yang indah


jiran al-qaeda yang berperang kat pc dengan volume tinggi xda.aku ambil kesempatan untuk tidur.

dan dan ada bunyi nyaring.

"ha mari mari mari rambutan manis mari mari rambutan!!!",di ulang2.record taruk kat kaset agaknya.

"rambutan amenda pulak ni..".

aku turun bawah.nak marah kena plan dulu.aku ingat nak buat macam ni.

"apa ni bang.benda orang tengah tidur ni.abang bising2 pulak".lepas tu cabut kunci lori dia campak dalam longkang.kalau bertumbuk, aku dah usha dah beluti2 kayu yang boleh aku pakai kat tepi rumah auntie ni.kalau xboleh nak menang jugak,aku macam biasa ada backup plan.sepucuk revolver colt peninggalan arwah atuk aku terikat pada kaki.tapi aku pakai seluar pendek.xpe.aku ikat kat peha.

sampai je kat lori dia aku cekak pinggang.aku datang dekat dia aku halakan jari aku kat buah rambutan yang berlonggok.lalu berkata.

"ni kira macam mana ni bang?"
lalu aku mengahabiskan masa lebih kurang 20 minit mencangkung kat belakang lori sambil makan buah rambutan.kami juga bertukar2 nombor telefon sebab aku cerita sama dia rumah kat kampung banyak pokok rambutan yang mana terlalu banyak untuk dimakan dan xbaik membazir.nanti aku tolak murah2,boleh dia makan duit orang bandar.

anak rusa nani



alimah rongak datang melepak tepi aku aku.darjah satu & bertanya adalah hobinya.di godek2nya beg aku jumpa sama mp3 player.aku bagilah die dengar.

"ha tengok ni.kakak cakap kat sini dia dengar kat belah sini".sambil bercakap kat earphone kanan dan dengar di earphone kiri.

haih senangnya jadi budak2.yang mana nampak,boleh dibuat,itu la dia percaya.tak perlu fikir apa asalnya,tak perlu kaji apa rasionalnya,xperlu tengok apa kesannya.

"kakak jom rombe(ronda2) nak?"
"jom.kita pegi petonas(petronas)",laju dia jawab.

maka habis lah wang ringgit aku dipownya.ini baru anak buah.malas aku menikah.

Thursday, May 20, 2010

cubaan syaitan dan iblis untuk menumpaskan saya

hujan kota kemuning.tiada aktiviti kami pergi menunjal.dah siap haus minum air.am bukak cerita hantu.yu mula2 bahan am join sama tanda dia juga seorang bomoh.aku bodoh hantu.dengar sambil sedikit meremang.

dua pagi aku gerak balik ss19 naik jetski dalam hujan renyai2.otak aku cuba menyakat,"eh apa berat motor ni?".aku jawab,"ah dah lama xservis memang la berat.meletup pun boleh".cuba menjauhkan diri dari terfikir pasal hantu.

sampai rumah mandi solat tidur.lepas tu aku mimpi.sial punya mimpi.

dalam mimpi tu ada orang mintak tolong aku supaya tahan satu setan ni untuk satu malam.aku iyakan aje.die terikat tapi tangannya sedikit bebas.berlakulah pergelutan yang mana aku gigit jari dia kuat2.hitam atau biru pekat aku xpasti.liat macam getah.sampai satu saat nak putus jari dia aku gigit tapi aku tahan.sebab entah macam mana aku rasa aku kenal dan dia aku xnak cederakan dia.sekali tu macam betul2 nak putus aku terjaga.

celik mata gelap aku picit lampu jam.4.50 pagi..ptuihh!mulut aku loya lidah aku kebas.gila apa ni.mula2 aku cuak normal.tapi aku cuak tingkat tinggi sebab teringat apa yang aku buat siang tadi.cis.

apa aku buat siang tadi?haaa..aku tengok arrival series.aku ni lembab sikit baru tengok.itupun yu bagitahu.tapi aku fokus tengok.ralit.xbercampur aku dgn yu & am pomen basikal kat belakang.dalam series tu cerita pasal macam mana setan sesatkan kita,mind control,kita tengah dikawal dan macam2 pendedahan.sebenarnya aku dah lama tahu benda lebih kurang macam ni.aku sekolah agama.tapi ni dalam penyampaian yang berbeza.sambil tu aku berfikir,"celaka punya setan.bukan main meluas lagi plan kau.teliti.tapi sekarang aku dah tahu.haha.aku xtertipu.haha".

ok tang ni yang buat aku cuak tingkat tinggi.masa aku sedar dari mimpi tu aku banyak berfikir.sebab apa aku mimpi macam tu.datang lah idea cergas dari sudut lipatan ke 32 otak aku mengatakan bahawa "sebab kau dah tahu banyak pasal taktik2 & plan setan.kau kata kau takkan tertipu.sekarang setan dah bengang dengan kau.die nak kacau kau."

ah sudah.apahal pulak.aku bukan power pun.pergi la bengang dengan tamar jalis ke.tok imam power ke.harun din ke.ni aku pulak.pada masa yang sama sudut lipatan ke 17 bagitahu, "kau ingat x cerita kenapa setan x kacau pak imam & orang yang jahil.die kacau orang yang tengah2?".sial punya nombor 17.

ah kacau la.aku ada tuhan.meh2.xlama lepas tu aku sedar aku terlalu banyak berfikir.dan jelas kesan tengok arrival tu.tapi kalau betul2?haha.lantak kau lah setan.lepas subuh aku sambung tidur.

Wednesday, May 19, 2010

ke PKNS mencari cinta

baru2 ni aku ke kompleks PKNS mau bukak berurusan dengan bank.sebagai seorang penunggang jet ski,aku parking la kat tasik.masa nak lintas jalan, aku nampak seorang budak perempuan melilau kat situ (muda 2 3 tahun dari aku kot).aku buat bodoh je la.dah masuk ke dalam,aku terlupa handphone tertinggal kat dalam jet ski,kat poket depan tu.(aku memang macam ni.selalu tertinggal handphone,wallet kat situ.jadi silalah curi jika jumpa.pasti terkejut dengan kekayaan aku)jadi aku keluar lah semula.

lepas tu aku nampak lagi budak tu.eh ape da dia ni.aku nak masuk dalam balik pun berselisih dengan dia lagi.

setengah jam kemudian,urusan aku selesai.aku keluar je dari bangunan klasik PKNS tu,ada lagi minah tu terpacak kat divider jalan.memandang ke arah motor2 yang parking kat tasik tu dengan gaya serabut.aku pun terfikir,budak ni hilang motor kot.xpe sat gi aku tanya.

aku pun start jet ski,singgah kejap kat depan budak tu.

"kau ni kenapa dik?dari tadi aku nampak macam ada masalah je.ada barang hilang ke?"(maksud aku motor la).

terkejut,dia jawab, "ha??eh xde ape2 yang hilang.nak jumpa orang kat sini..tapi malu...huhu..".

saat tu aku rasa nak langgar je dia.kau nak blind date pulak kat tasik ni!

"laa aku ingat apa tadi.haa pandai2 kau la," aku kata dengan nada agak kuat.xtahu kenapa aku cakap kuat.lepas tu aku pun blah dengan perasaan,perasaan...xtahulah perasaan jenis apa tu.ceh.

Tuesday, May 18, 2010

mimpi mati

kamu mencabar dia
mencipta neraka dari bijih besi
mengubah cuaca dengan radio
sesat dalam bijaksana
apa yang dia tahu?
dia tahu semua

kamu mencalar dia
mencipta syurga dari zina
peluh jantan betina
paut raut benih dipersia
mabuk dalam bahagia
apa orang lain tahu?
dia tahu semua

kenapa tidak dihapus si jahil?
si jahil bunuh mulia!

kenapa mahu dibunuh jahil?
adakah hati kau hitam sama dia?

kenapa tak dihapus iblis?
dia punca segalanya!

iblis hanya mampu berbisik
bukankah kau melakukan segalanya?

aku tak mahu dibakar
aku juga tidak semulia
wujudkah tempat terasing
untuk yang tidak dilaknat yang juga tidak berpahala
wujudkah?

Monday, May 10, 2010

ucapan rakaman

bila lama x menulis,xtahu nak tulis apa.bukannya jadi dungu.tapi dah terlalu lambat atau terlalu biasa untuk dikongsi.

aku perasan dalam Malaysia ni,bila ada satu kejadian yang menggemparkan,benda tu akan berturutan.maksudnya macam bila sesuatu didedahkan,makin menjadi2 lah benda tu.

budak kat seksyen 11 kena tembak.meninggal arwah.kasihan.xhabis di situ.seorang lagi kena tembak kena usus masa lari ala2 mat rempit dari polis.sorang lagi kena tembak peluru sesat bila polis nk lawan sama itu bekas komando x sihat.

isu dalam entri ni bukan polis tembak tanpa justifikasi atau lain kali jangan lari bila ditahan polis.isunya adakah pendedahan boleh mempengaruhi sesuatu kebarangkalian insiden.

dulu ingat ketika zaman kemalangan bas.sejak satu kemalangan didedahkan,serta merta berlaku kemalangan bas yang lain seolah olah berantai.buang bayi isu dari dulu.tapi sejak diambil berat,begitu juga berderet deret kes sama berlaku.lari ke lombok.mula xramai.lepas tu satu satu.berantai.dan semua ini seolah olah lenyap bila ada seseautu isu yang baru.

dulu masa kecik2 buat karangan kesan pendedahan media2 barat terhadap remaja.ok yang tu memang jelas.tapi yang kita alami sekarang agak berbeza.

caranya pun jelas.kerja siapa lagi kalau bukan media.tapi benarkah pendedahan hanyalah sebagai berita dan pengajaran?atau pendedahan tentang kebenaran mampu mempengaruhi manusia supaya menurut jejak yang sama?

jika setiap hari membaca laporan berbaur nafsu (yang kononnya pengajaran) dalam akhbar picisan,tidakkah seorang yang xberapa sihat mentalnya akan cuba?

habis di sini.celcom berkira.kata limit rm150.rm130 lebih pun dah putus.