Tuesday, October 27, 2009

speedy kain batik

yahhh balik kampung!!!nampak semak rumah.bapaknya selalu tak sihat.mak pun tak menentu.tak ade orang nak becare.gugup je je nampak.suram.parit tepi kolam besar dah semak bukan main lagi.dulu boleh tahan besar.2 meter lebar.dalamnye 1meter lebih kot.dalam.mau tak dalam.kalau tak takde aku tenggelam mase kecik dulu.

selalu aku memancing kat situ.dengan kawan kawan sekolah rendah.kadang kadang solo.kalau solo tu selalunya pagi cuti.sebab based on observation aku, pagi pagi ikan nak breakfast.modal tak besar.tali tangsi 30sen.mata kail 10sen dapat 3.salak banyak jadi batang.umpan cacing gali dalam tanah.paling praktikal tu.

masa aku darjah 1, aku selalu main kat bawah tu.ade satu petang aku buat benda bodoh.aku hempas galah besi kait buah kelape tu dalam parit.berat bende tu.aku ulang ulang.ceburrr ceburrr!!! bunyi die.lepas tu aku jerit tolong tolong!!!konon konon aku jatuh dalam parit tu.ceh! tak mendapat reaksi pun dari mak.die buat bodoh aje.takde pun die nak tengok tengok.

oleh kerana bosan tiade respon, aku ambik jaring lama kat atas konon konon nak pasang lah.padahal jaring tu lebar kot.bapak bapak ikan boleh lah.dalam parit mane ade ikan bapak macam tu.mak dah membebel suruh aku naik sebab nak maghrib.mestilah aku degil.dalam khayal khayal dengan jaring kat tepi parit,ceburrrr!!!

kali ni betul betul aku jatuh dalam parit.Tuhan nak aku hidup lama,automatik tangan aku tercapai tunggul kat tepi.aku tenggelam paras leher, kaki aku terkapai kapai tak jejak dasar.betul la dalam.tolong tolong!!! aku jerit.dalam percik air tu aku nampak mak aku lari turun bukit.tup tup die dah tarik tangan aku.tarik sampai atas.

ambik kau kene bebel berape round aku tak ingat.aku cuak tak dengar ape pun.tapi yang aku pelik sampai sekarang,macam mane mak bleh tahu aku betul betul jatuh.padahal aku dah main main mintak tolong sebelum tu,sikit pun die tak heran?padahal die tengah menyapu sampah kat tepi rumah belah sane.adakah die mampu membezakan fake tolong tolong and the real tolong tolong?lagi satu dalam kelam kabut tu aku nampak die lari dari atas.dari atas ke parit jaraknye 50-70 meter kot.berdesup die pegi.sedar sedar die tarik aku.adakah die mak sedare kepade usain bolt?maknenye usain bolt sepupu aku?biar betik...



dulu besar bukan main.dah jadi besar ni aje?


jarak yang ditempuh.ini dari pintu opposite bawah tu.bukan yang belah sane.

Saturday, October 17, 2009

penghargaan

ya terima kasih kpd management federal highway (aku rasa lah) kerana telah menanam pokok di sepanjang jalan motosikal (back in ten years ago maybe).menunggang motosikal di tengah hari pacak,bayang bayang pokok tu lah penyejuk hati rider rider yg ada kerja.besar pahala korang.cuma banyakkan lampu.aku takut.

Friday, October 16, 2009

siri bercakap dengan cermin

bodoh
mahu mencipta sesuatu yang lebih berat
dari segi timbang atau dari segi tebal?
dari segi kenyang atau dari segi kembung?

berita keluar dari kotak
mahu berperang
ohh bukan aku kata kau tak berotak
kau fikirlah
lut atau tidak

kasihan
melihat kereta diconteng
dari hitam penuh abjad warna putih
tapi kalau dilihat
difikir
jelas itu satu balasan
hukum karma atau hukum tuhan
uhh baik aku beringat

ketawa
berjoget joget anak bumiputera
menghibur kawan kawan
buat tak tahu saja
asal mereka suka
peratus "yang boleh dipakai" tidak boleh dikira di ketika itu
di kala bencana baru tahu
yang mana tahi lalat yang mana bulu

sinis
tiada orang tahu
diatur halus macam debu
atau lebih kepada kaca yang ditumbuk halus
sedikit keji

kabur
duduk di belakang memang kabur
sangkakan pernah makan muntah hantu
kebal tak kan rabun
bertahun melihat sekarang dah kurang nikmat
nak diperbaiki banyak beban
makan pun tidak masakan mahu berubat

lemau
dari pagi bawa ke tengah hari
tengah hari bawa ke petang
baru melintang hari dah malam
hari ini dah hujung mingu
minggu depan minggu baru
ulang semula
ulang semula
ulang semula
bodoh kasihan ketawa sinis kabur lemau
bertaruh?
lima juta
isu yang pasti akan bertambah
pasti.

Thursday, October 15, 2009

aku tak peduli

sekular dalam selimut
hipnosis orang buta
menari tengah jalan
pedih dipanah hujan

gunting dalam surat
isi tidak jelas
tenang dalam pandang
niat jadi umpan

api dalam pemadam
kerusi untuk istana
musang dalam mimpi
berbalah dalam kandang

duri dalam parut
amnesia dalam janji
khayal memilih seru
keliru
sesat di jalan baru