Thursday, June 24, 2010

terbang tertinggal kaki

aku penat dan sangat lapar.angin naik sampai kepala aku rasa nak pengsan.dh dekat sebulan aku balik xpernah nampak matahari.

aku xsuka tunggu.aku xda masalah sangat dengan benda ni.tapi masa aku jadi 4 jam sehari.

bila angin perut kosong naik kepala, koordinasi aku x seimbang.aku jadi marah.aku rasa nak tumbuk orang.

masa bawak motor aku harap ada orang langgar aku.supaya aku mati nampak macam salah orang lain dan tak perlu hadap hari esok yang macam celaka.

nak naik rumah aku nampak satu pakcik pakai helmet.terbongkok sikit rapat ke dinding.masa tu hujan.sejuk dia.berdirinya xsenang.mungkin tunggu orang turun dari atas.kasihan aku tengok.aku jadi rindu.sama bapak aku yang jarang sekali aku rindu.

bila nak makan nasik,yang ada nasik siang tadi agaknya.aku cium elok lagi.baru aku tahu aku takut pada nasi basi.

besok jangan lah macam celaka.aku mahu tengok matahari terbenam.

dah lama xjumpa bapak aku.kali terakhir hantar die pergi klia masa dia nak pergi umrah.sejak dia balik,xpernah jumpa.

bilalah aku dapat cium pipi bapak aku.mungkin dah dekat 15 tahun aku xcium pipi dia.nak buat tapi xpernah buat.

Monday, June 21, 2010

bila runtuh pudu jail










akhirnya runtuh tembok pudu jail.(sedap panggil pudu jail.orang dulu2 panggil pudu jail).bukan main ramai orang macam menyambut runtuh tembok jerman.semua orang nak tengok.pudu jail legend apa.

semua tunggu menatang tranformers kuning dua bijik tu bertindak.satu potong tembok,abang dia tukang tolak.photographer2 kecoh duk jerit sama sendiri suruh photographer2 yang mencanak kat depan duduk.nanti kena marah dengan bos xdapat gambar cantik.aku tangkap pakai telefon tangan diam aje takut kena pukul sebab melebih lebih.

kontraktor buat kerja pening kepala.runtuh sekeping, semua orang nak naik kat situ ambik gambar.nasib kau la pak cik.orang malaysia jarang tengok warisan diruntuhkan secara langsung untuk kemajuan.kata "mereka" pudu jail xda nilai.sebenarnya boleh je nak simpan.tapi dah terlewat.mintak2 diaorang ada tinggalkan sekeping dua buat kenang kenangan.lepas tu, mural yang ada pada sekeping dua tu jagalah.aku rasa x susah.xpun yang depan tu boleh juga.

masa aku nak gerak,ada orang pecah pecahkan batu bata.angkat, hempas.apa punya ritual entah.ada yang bawak balik serpihan batu bata.kita semua menghargai.dengan cara tersendiri.nanti bila dah tua, aku lalu kat situ naik kereta dengan anak2, aku akan cakap,

"sini dulu ada pudu jail.famous dulu.mural terpanjang dalam dunia.tapi dah kene roboh dah.masa tu abah baru kerja kat kl.abah ada tengok masa diaorang robohkan tu".

lepastu anak2 aku mesti rasa macam xtahu apa2.

"apalah abah cerita ni...."

lepas tu diaorang balik rumah diorang google.(kalau la zaman tu google top lagi)

"hooo...inilah pudu jail abah cerita tu......" (anak aku mestilah terer.buat je xtahu tapi belakang nanti dia akan cari.macam abah dia muda2 dulu.ehem ehem)

Sunday, June 20, 2010

pendengaran yang tuli

aku ada satu perangai.atau boleh dikatakan kebolehan.atau kecacatan.aku boleh dengar satu lagu yang aku suka ulang2.ulang2 di sini bukan bermaksud dua kali.tapi ulang2 infinity & beyond.(xjumpa simbol infiniti pada keyboard ni)

lagu tu xsemestinya paling latest.tak semestinya orang pemes2.asalkan aku suka.aku memang buta muzik pun.satu instrumen pun xtahu main.aku tahu dengar aje.nak nyanyi kecik2 dulu boleh la.bila dah baligh suara aku jadi macam farid ismeth pembaca berita tv1.

lagu aku ulang2 ketika ini adalah 42 coldplay.

time is so short and i'm sure there must be something more oooo ooo oooo~

Friday, June 18, 2010

konvokesyen raja ponteng

semalam adalah hari konvokesyen aku.

aku datang pakai jeans,selipar jepun dan baju berkolar untuk kelihatan sedikit beradab.penjaga yang hadir adalah yuhelmy yusop.

mula2 aku kena buat wang pos kat pejabat pos menara.aku kena bayar rm75 untuk dapat scroll,transkrip original & apa lagi entah.yu ambik mini transkrip.seringgit aje ceh.

dan dalam poket aku ada rm73.syiling ada 50sen 3 keping.dalam kereta ada 70 sen.semua sekali rm75.20.menurut kakak kaunter pejabat pos,nak buat wang pos kena charge rm1.40.

yu sudah habis wang.dan keajaiban datang.berg dari wangsa maju tiba2 sanggup datang nak lepak sambil menganjing scrambler barunya.

jadi aku tebalkan muka kat khulafa lama pinjam duit sikit dari berg.setelah memancing dengan baik,aku dapat rm3.

masuk balik dalam.buat wang pos rm75+rm1.40.pergi ambik resit akak bendahari pow seringgit.print resit pun seringgit.apo deh.

sampai atas nak ambik semua barang2, abang kaunter bilang aku ada hutang sama library.harganya o.2ooo.apa tu.currency azerbaijan kah?

sampai di library,menghadap kaunter abang library pulak.aku kata mau bayar hutang nak ambik scroll.

"ada kad matrik x?", tanya dia.dua orang tu.nak buli aku la tu.muka ketat nak mampos aje.

"kenapa baru nak ambik scroll sekarang?",tanya yang lebih berumur tu.

"oh saya xboleh pergi haritu.ada hal",jawab aku.diaorang saling berpandangan.jijik sangat ke orang x pergi konvo?

"kenapa xpergi?xseronok ke konvo?", tanya dia.muka x boleh blah.

"bukan x seronok bang.saya tengah kerja masa tu.mana ada duit saya nak bayar rm140", jawab aku pandang x pandang.

air muka mereka berubah.ambik nak.kau igt aku orang kaya yang berlagak ke.aku orang miskin la bongok.

dah siap check ,hutang aku 20sen je rupanya.20sen pun nak mintak.nak beli gula2 asam masin la tu.

setelah selesai segalanya pergi kat yu & berg.merayakan majlis konvokesyen selama 5 minit.

pagi tadi aku dah photocopy benda2 yang HR nak.jadi x terganggu lah gaji aku hujung bulan ni.lepas ni aku jadi orang kaya.aku nak beli pasukan liverpool dan player yang power2.

Monday, June 14, 2010

mari bersabar

baru seminggu lebih aku di sini.memang aku xtahu apa2.bukan bidang aku.aku cuma ada minat.kerja ni memang mencabar.bukan aku seorang aje rasa macam tu.kami 9 org rasa macam tu.

aku sebenarnya jenis xpeduli tekanan.aku boleh kerja tanpa emosi.tetapi di sini aku sedikit tertekan.semua orang kata aku masih baru,memang macam tu.orang baru memang nervous agaknya.

tapi mungkin sebab aku selalu rasa aku betul,agak kecewa bila kerja di edit bos.rasa macam bodoh nak mampos xtahu menulis.kecewa dow.serius.

kecewa bila kita tengah cuba,orang lama potong kerja kita.memang la aku terhegeh-hegeh.benda pun xtahu kat mana,bagi la aku cari sekejap.

nasib baik kami budak2 baru agak terbuka berbincang sama sendiri.dan brader2,akak2,bos2, & juga orang2 dari company lain yang boleh dikatakan baik.biasalah mesti la juga ada yang xberapa.mana2 pun sama.nak2 pulak aku takde ciri2 kiut yang boleh buat orang sejuk mata.

aku enjoy keluar buat assignment.tengok orang.jumpa orang.cakap dengan orang.nak2 pulak orang besar tapi kool.boleh lepak minum teh tarik hisap rokok sama walaupun umur dan darjat jauh berbeza.seronok dan syukur masih ada orang macam tu.

semoga apa yang aku buat ni betul.kalu xbetul moga2 dapat petunjuk.amin.

Saturday, June 12, 2010

semangat satu macam walaupun kita x masuk world cup



bila nak habis video ni,aku meremang.betapa hebatnya orang dulu2.