Wednesday, May 19, 2010

ke PKNS mencari cinta

baru2 ni aku ke kompleks PKNS mau bukak berurusan dengan bank.sebagai seorang penunggang jet ski,aku parking la kat tasik.masa nak lintas jalan, aku nampak seorang budak perempuan melilau kat situ (muda 2 3 tahun dari aku kot).aku buat bodoh je la.dah masuk ke dalam,aku terlupa handphone tertinggal kat dalam jet ski,kat poket depan tu.(aku memang macam ni.selalu tertinggal handphone,wallet kat situ.jadi silalah curi jika jumpa.pasti terkejut dengan kekayaan aku)jadi aku keluar lah semula.

lepas tu aku nampak lagi budak tu.eh ape da dia ni.aku nak masuk dalam balik pun berselisih dengan dia lagi.

setengah jam kemudian,urusan aku selesai.aku keluar je dari bangunan klasik PKNS tu,ada lagi minah tu terpacak kat divider jalan.memandang ke arah motor2 yang parking kat tasik tu dengan gaya serabut.aku pun terfikir,budak ni hilang motor kot.xpe sat gi aku tanya.

aku pun start jet ski,singgah kejap kat depan budak tu.

"kau ni kenapa dik?dari tadi aku nampak macam ada masalah je.ada barang hilang ke?"(maksud aku motor la).

terkejut,dia jawab, "ha??eh xde ape2 yang hilang.nak jumpa orang kat sini..tapi malu...huhu..".

saat tu aku rasa nak langgar je dia.kau nak blind date pulak kat tasik ni!

"laa aku ingat apa tadi.haa pandai2 kau la," aku kata dengan nada agak kuat.xtahu kenapa aku cakap kuat.lepas tu aku pun blah dengan perasaan,perasaan...xtahulah perasaan jenis apa tu.ceh.

Tuesday, May 18, 2010

mimpi mati

kamu mencabar dia
mencipta neraka dari bijih besi
mengubah cuaca dengan radio
sesat dalam bijaksana
apa yang dia tahu?
dia tahu semua

kamu mencalar dia
mencipta syurga dari zina
peluh jantan betina
paut raut benih dipersia
mabuk dalam bahagia
apa orang lain tahu?
dia tahu semua

kenapa tidak dihapus si jahil?
si jahil bunuh mulia!

kenapa mahu dibunuh jahil?
adakah hati kau hitam sama dia?

kenapa tak dihapus iblis?
dia punca segalanya!

iblis hanya mampu berbisik
bukankah kau melakukan segalanya?

aku tak mahu dibakar
aku juga tidak semulia
wujudkah tempat terasing
untuk yang tidak dilaknat yang juga tidak berpahala
wujudkah?

Monday, May 10, 2010

ucapan rakaman

bila lama x menulis,xtahu nak tulis apa.bukannya jadi dungu.tapi dah terlalu lambat atau terlalu biasa untuk dikongsi.

aku perasan dalam Malaysia ni,bila ada satu kejadian yang menggemparkan,benda tu akan berturutan.maksudnya macam bila sesuatu didedahkan,makin menjadi2 lah benda tu.

budak kat seksyen 11 kena tembak.meninggal arwah.kasihan.xhabis di situ.seorang lagi kena tembak kena usus masa lari ala2 mat rempit dari polis.sorang lagi kena tembak peluru sesat bila polis nk lawan sama itu bekas komando x sihat.

isu dalam entri ni bukan polis tembak tanpa justifikasi atau lain kali jangan lari bila ditahan polis.isunya adakah pendedahan boleh mempengaruhi sesuatu kebarangkalian insiden.

dulu ingat ketika zaman kemalangan bas.sejak satu kemalangan didedahkan,serta merta berlaku kemalangan bas yang lain seolah olah berantai.buang bayi isu dari dulu.tapi sejak diambil berat,begitu juga berderet deret kes sama berlaku.lari ke lombok.mula xramai.lepas tu satu satu.berantai.dan semua ini seolah olah lenyap bila ada seseautu isu yang baru.

dulu masa kecik2 buat karangan kesan pendedahan media2 barat terhadap remaja.ok yang tu memang jelas.tapi yang kita alami sekarang agak berbeza.

caranya pun jelas.kerja siapa lagi kalau bukan media.tapi benarkah pendedahan hanyalah sebagai berita dan pengajaran?atau pendedahan tentang kebenaran mampu mempengaruhi manusia supaya menurut jejak yang sama?

jika setiap hari membaca laporan berbaur nafsu (yang kononnya pengajaran) dalam akhbar picisan,tidakkah seorang yang xberapa sihat mentalnya akan cuba?

habis di sini.celcom berkira.kata limit rm150.rm130 lebih pun dah putus.

Monday, April 26, 2010

di sebalik kota (janji)



"janji pada akak,jaga diri baik2.bila sampai nanti cepat telefon akak".

agaknya tu yang makcik tu cakap.aku terserempak dengan diaorang kat stesen kuala lumpur.masa aku nak pergi heritage hotel.teringat mak aku.sebab ada dua makcik teringat mak ngah aku sekali.

Saturday, April 24, 2010

flat seri wangi

dah 3 minggu aku pindah sini.flat lama macam ni xda siapa peduli.pkns pun dah malas nak jenguk.agak haprak la kat luarnya.jiran2?adalah sekali sekala aku sengih xpun ckp,"baru balik bang?" kat brader2 yang aku terserempak.kalau aku xde mood aku buat2 la tak perasan.jiran sebelah memang xpernah bertembung.tapi ada satu benda yang buat aku cukup kenal dia.ya...beliau adalah seorang pejuang..

"tat tat tat tat!!!tat tat tat tat!!reload!reload!bommm!!!!tat tat tat tat!!!prrrrrrrrr!!!!!prrrrrrrr!!!!!bommmm!!!!"

itu yang aku dengar hari2 bila balik.begitu yakin berperang dengan volume yang tinggi.mungkin itu menaikkan semangat beliau.bila tiada musuh atau mungkin dah pening mengadap game tu,beliau akan berehat dengan lagu saleem.

sekarang ni pun beliau sedang menabur bakti.pukul 2 pagi.

"tat tat tat tat tat tat tat tat"

aku harus berhati2.nak2 pulak bila dekat tepi tingkap atau pintu belakang.xmahu mati terkena peluru sesat.

Friday, April 23, 2010

di sebalik kota

menapak dari masjid jamek.berjalan tepi bangunan sultan abdul samad.walaupun berpagar nampak jelas lorong panjang bangunan tu usang.kotor.sampah2.mungkin sebab bahu jalan lagi tinggi dari koridor lorong tu.sampah dibawa hanyut pabila hujan.bila belok ke kiri,bahagian depan,aku nampak satu pakcik sibuk menaip pakai typewriter.ada 7 8 orang di sekitar dia.macam tunggu giliran.ad sorang makcik duk membebel depan pakcik tu.macam bagi maklumat pasal apa entah.pelik jugaklah aku tengok.lalu aku duduk melepak bersama2 mereka.


pejabat mesra alam.


sambil aku tengok dieorang sambil aku picit2 butang camera.dah benda pelik (bagi aku lah).lama2 pakcik tu perasan.die toleh belakang,"bang,reporter ke?".sudah.macam marah je orang tua ni.nak jugak aku jawab reporter nak tengok reaksi dia.tapi sebab ni port dia + aku memang bukan reporter pun,aku jawab,"eh tak lah pakcik.minat aje"."hoo...minat..".sengih dia.dan terus bekerja."nasib baik kau senyum",cakap aku dalam hati.


jendela pejabat pakcik.


sambil2 tu aku intai2 lah apa yang dia taip.ape kena mengena dia dengan orang2 yang macam indon ni?yang macam thailand ni?tiba2 datang abang pelanggan kepada pakcik ni kat aku."bang tolong betulkan ni bang.jam dia x keluar.lepas tu loceng asyik berbunyi",sambil hulur handphone dia.cakap macam sabah2 sikit.sabah kot.bukan indon."hoo...boleh2.jap bang eh..saya betulkan.lepastu dengan selambanya dia tinggal phone dia kat aku lepas tu pegi bebincang dengan kawan2 dia.aku pun settinglah letak jam kat skrin,padamkan alarm dia.tak lama lepas tu dia datng semula."sudah?"aku angguk."terima kasih banyak abang ya.telefon saja tahu,yang lain semua x reti",pengakuan sambil gelak kecil.aku sengih aje.


abang baju biru tu ha yang bagi phone.ui pakcik dapat upah rm1o!


sempat jugak aku jeling kertas pada tangan dia.dia baru ambik kat pakcik menaip tu.macam pengesahan penduduk ke apa entah.aku rasa mungkin diorang ni sabah sarawak,kelantan dekat2 thailand.mungkin kerakyatan diorang xberapa jelas.mungkin nak dapat pengesahan kena isi borang dan pakcik yang menaip dapat bayaran untuk isi tolong diorang isi borang.ada ke benda macam tu?aku x pasti.siapa yang tahu tolong betulkan aku.heh.dah teduh sikit aku tinggalkan diorang.jalan2 ke depan lagi dengan tourist jepun.buat2 kenal.haha.


majulah bank untuk negara.

Tuesday, April 20, 2010

nanti i keluar i belikan.

harini x kerja.nah dia sms aku.mintak tolong topup dengan membebel suruh mandi.daripada malam tadi dah.malam tadi pun aku x keluar.benayoun score pun aku tido.mood bermalas malasan ni.dia sms "u tlg topup.i kt opis ni.nnt i byr balik pomish".pomish=promise.bila dia kata promise tu maksudnya dia dah bengang.haha.mungkin dia ada hal afterwork kot.dah afterwork petang karang la aku topup.tapi nak hujan ni.hujan sekarang selalunya lama.aku dah la mat rempit.kalau aku x topup mesti die lagi marah."apalah u selalu mcm tu!org ckp buat xtahu aje!"pastu merajuk.

tapi kan.aku malas gila nak keluar.hahahahahaha.rela aku bersandar sambil tulis entri ni dengan x mandinya.haha.petang sikit ye.