Friday, April 23, 2010

di sebalik kota

menapak dari masjid jamek.berjalan tepi bangunan sultan abdul samad.walaupun berpagar nampak jelas lorong panjang bangunan tu usang.kotor.sampah2.mungkin sebab bahu jalan lagi tinggi dari koridor lorong tu.sampah dibawa hanyut pabila hujan.bila belok ke kiri,bahagian depan,aku nampak satu pakcik sibuk menaip pakai typewriter.ada 7 8 orang di sekitar dia.macam tunggu giliran.ad sorang makcik duk membebel depan pakcik tu.macam bagi maklumat pasal apa entah.pelik jugaklah aku tengok.lalu aku duduk melepak bersama2 mereka.


pejabat mesra alam.


sambil aku tengok dieorang sambil aku picit2 butang camera.dah benda pelik (bagi aku lah).lama2 pakcik tu perasan.die toleh belakang,"bang,reporter ke?".sudah.macam marah je orang tua ni.nak jugak aku jawab reporter nak tengok reaksi dia.tapi sebab ni port dia + aku memang bukan reporter pun,aku jawab,"eh tak lah pakcik.minat aje"."hoo...minat..".sengih dia.dan terus bekerja."nasib baik kau senyum",cakap aku dalam hati.


jendela pejabat pakcik.


sambil2 tu aku intai2 lah apa yang dia taip.ape kena mengena dia dengan orang2 yang macam indon ni?yang macam thailand ni?tiba2 datang abang pelanggan kepada pakcik ni kat aku."bang tolong betulkan ni bang.jam dia x keluar.lepas tu loceng asyik berbunyi",sambil hulur handphone dia.cakap macam sabah2 sikit.sabah kot.bukan indon."hoo...boleh2.jap bang eh..saya betulkan.lepastu dengan selambanya dia tinggal phone dia kat aku lepas tu pegi bebincang dengan kawan2 dia.aku pun settinglah letak jam kat skrin,padamkan alarm dia.tak lama lepas tu dia datng semula."sudah?"aku angguk."terima kasih banyak abang ya.telefon saja tahu,yang lain semua x reti",pengakuan sambil gelak kecil.aku sengih aje.


abang baju biru tu ha yang bagi phone.ui pakcik dapat upah rm1o!


sempat jugak aku jeling kertas pada tangan dia.dia baru ambik kat pakcik menaip tu.macam pengesahan penduduk ke apa entah.aku rasa mungkin diorang ni sabah sarawak,kelantan dekat2 thailand.mungkin kerakyatan diorang xberapa jelas.mungkin nak dapat pengesahan kena isi borang dan pakcik yang menaip dapat bayaran untuk isi tolong diorang isi borang.ada ke benda macam tu?aku x pasti.siapa yang tahu tolong betulkan aku.heh.dah teduh sikit aku tinggalkan diorang.jalan2 ke depan lagi dengan tourist jepun.buat2 kenal.haha.


majulah bank untuk negara.

2 comments:

  1. pelik! serius pelik.
    Good job Rul Terjah..!!
    tang bank tu aku loikeee...

    ReplyDelete
  2. hahaha.ape kate kau pulak pegi terjah.baru dapat tahu cerita sebenar

    ReplyDelete