Tuesday, April 20, 2010

lakong zee patakong zee latopompo





scroll down news feed kat facebook,nampak profile kakak aku.statusnya "daun serai daun gaharu,belum try belum tau".mula2 aku ingat,apahal dia ni.rupenye2 tu pantun cerita laksamana do re mi.haha.bongok kakak aku ni.

macam tu la kami.cerita p.ramlee semua kami layan.dari kecik lagi.yela zaman2 dulu mana ada astro.rumah kampung aku tu ha pun baru2 je pasang astro sebab nak tengok bola.macam dulu2 jumaat malam sabtu,berlonggok tengok cerita p.ramlee.petang sabtu panas2 nah berlonggok tengok hindustan.malamnya pulak cerekarama.haha.tapi sekarang semua dah besar semua dah sibuk.jarang2 dapat peluang macam tu lagi.aku ingat lagi masa aku nak sambung belajar dulu.zaman tu yang atas2 aku semua da berhijrah dah.mak aku cakap, "abang da xde nanti,xde geng lah mak nak tengok p.ramlee".

alahai mak2..tapi mak relax je,nanti kami semua balik kita tengok sama2 ye.hee.lagipun die cakap macam tu sebab aku lah yang paling melayan cerita p.ramlee.tayang ulang2 pun bleh tengok.sebab ada scene yang xmampu org sekarang nak buat.kan.cuma aku xsuka sikit,kalau dalam bertiga tu,dialah yang paling hero,dia lah yang dapat awek cun.haha.apa2 pun dia tetap karwayan terbaik & cerita2nya lekat dalam hati kami semua.

No comments:

Post a Comment