Friday, June 18, 2010

konvokesyen raja ponteng

semalam adalah hari konvokesyen aku.

aku datang pakai jeans,selipar jepun dan baju berkolar untuk kelihatan sedikit beradab.penjaga yang hadir adalah yuhelmy yusop.

mula2 aku kena buat wang pos kat pejabat pos menara.aku kena bayar rm75 untuk dapat scroll,transkrip original & apa lagi entah.yu ambik mini transkrip.seringgit aje ceh.

dan dalam poket aku ada rm73.syiling ada 50sen 3 keping.dalam kereta ada 70 sen.semua sekali rm75.20.menurut kakak kaunter pejabat pos,nak buat wang pos kena charge rm1.40.

yu sudah habis wang.dan keajaiban datang.berg dari wangsa maju tiba2 sanggup datang nak lepak sambil menganjing scrambler barunya.

jadi aku tebalkan muka kat khulafa lama pinjam duit sikit dari berg.setelah memancing dengan baik,aku dapat rm3.

masuk balik dalam.buat wang pos rm75+rm1.40.pergi ambik resit akak bendahari pow seringgit.print resit pun seringgit.apo deh.

sampai atas nak ambik semua barang2, abang kaunter bilang aku ada hutang sama library.harganya o.2ooo.apa tu.currency azerbaijan kah?

sampai di library,menghadap kaunter abang library pulak.aku kata mau bayar hutang nak ambik scroll.

"ada kad matrik x?", tanya dia.dua orang tu.nak buli aku la tu.muka ketat nak mampos aje.

"kenapa baru nak ambik scroll sekarang?",tanya yang lebih berumur tu.

"oh saya xboleh pergi haritu.ada hal",jawab aku.diaorang saling berpandangan.jijik sangat ke orang x pergi konvo?

"kenapa xpergi?xseronok ke konvo?", tanya dia.muka x boleh blah.

"bukan x seronok bang.saya tengah kerja masa tu.mana ada duit saya nak bayar rm140", jawab aku pandang x pandang.

air muka mereka berubah.ambik nak.kau igt aku orang kaya yang berlagak ke.aku orang miskin la bongok.

dah siap check ,hutang aku 20sen je rupanya.20sen pun nak mintak.nak beli gula2 asam masin la tu.

setelah selesai segalanya pergi kat yu & berg.merayakan majlis konvokesyen selama 5 minit.

pagi tadi aku dah photocopy benda2 yang HR nak.jadi x terganggu lah gaji aku hujung bulan ni.lepas ni aku jadi orang kaya.aku nak beli pasukan liverpool dan player yang power2.

5 comments:

  1. Tahniah..maaf x dapat dtg dan bagi bunga...

    ReplyDelete
  2. hahahhaha beli liverpool! tlg arsenal beli striker pun ok!!

    ReplyDelete
  3. wah byk gaji.nak fo0tbol team lg.
    Ptptn amacam?
    Hahaha.
    Slamat grad.hee

    ReplyDelete
  4. de la rocha & idir:terima kasih!!!
    royalcrapster:xbleh2.sbb i igt nk beli arshavin & persie bwk masuk liverpool haha
    pije:peh ptptn kena byr jugak weh.nt xboleh nak melancong!hee

    ReplyDelete