Sunday, May 31, 2009

kau,kau,kau.semua gila!

hey tunggu!kenapa nak pergi?!
majlis tak selesai lagi
banyak lagi sampah belum dicurah
kuman yang belum disepah sepah
nafas yang belum disekat
cahaya yang perlu dibias
otak perlu dibakar sampai panas

kenapa sekarang mahu berhenti?!
alang alang menyeluk pekasam..
biar sampai dunia ni hitam
hidupan tinggal separuh badan
lagi nak dibiar berjalan..
cabut rohnya
kita berkuasa
kita dewa
kita lah raksasa
orang gila!

rasanya sama sahaja
yang menghujah
yang menggulung
yang melaksana
kononnya...
sumbat saja lagi mereka ternganga
bahagia
bahagia kerana telah buta
bahagia tak tahu dunia ada dua!

entah
kitab dah lama turun
bukan semalam bukan tadi
patutnya tahu
kalau sudah otak beku
direbus diminum pon masih tak tahu
bukan bodoh bukan dungu
kalau pintu dikedap getah
mana angin nak datang mencelah

marah si perosak
gayanya diadaptasi
malah ditokok tambah
cukuplah saja dia yang gila
kenapa yang lain mahu mencuba?
mampos lah semua
memang tiada apa yang akan tinggal
kecuali kepala di acah dipenggal
biarkan lah semuanya gila
nanti ada lah yang mengalah
teruskan gila
dan tunggu sahaja

2 comments: