Sunday, May 31, 2009

hati:pendengaran kau dan Kau

sebuah mulut untuk hati
dalam bentuk?
berupa mikrofon?pita rakaman?atau sekadar getaran?
oh!jika diberi pilihan
aku mahu dalam bentuk telepati
aku rasa sesuai sekali
hanya hatiku dengan hatinya bekomunikasi
tak perlu caj semula dilindungi privasi
tak banyak kerenah birokrasi,cucuk dan main saja di hati

haish!
kenapa dari dulu tak terlintas
kalau tidak
kalau tidak sudah lama hati bebas
bebas dari mampatan perasaan
yang makin dikumpul dihentam padat padat
tersumbat pegun tak pernah dilepas

yang pasti memilikinya satu kelebihan
rasa yang sama awal awal lagi boleh dipadan
tak perlu runsing tak perlu segan
pada masa yang sama
rasa curiga mudah dikesan
hati sensitif dengan perasa tiruan
tapi
bimbangku terlalu banyak pergantungan
akan membawa kesan sampingan
ketagih dan keliru
hati rosak dimakan teknologi baru

oh hati!
sebelum kita lupa diri
ingat!
tentang waktu waktu
yang mana kita tak perlukan teknologi ajaib ini
waktu waktu kita sendiri
berhadapan dengan Maha Suci
doa terbit jadi medium
rasa hamba jadi pancaran
liputan luas tiada sempadan
tak perlu dicucuk tanpa yuran
oh lindungi aku Ya Tuhan!
kerana Engkau Maha Mendengar
moga Kau makbulkan segala permintaan..

No comments:

Post a Comment