Tuesday, July 21, 2009

new post

yes!!!im still breathing!!biarpon masih sesak.spanjang tempoh kematian byk yg aku belajar.ape itu manusia ape yg manusia suka.ohh lately aku byk memerhati.quite psycho neh?org klu da jd bodoh mcm tu lah.berikot adalah self-survey yg telah aku jlnkn:

media:propaganda
post rock:tq so much!
national art gallery:aku nk tido sane
mak:jgn la syg aku sgt
tee printing:korang da rosakkan nilai2 seni
bola:mu lwn 2 kali?hek eleh mu
bills:pending issue
study:kehilangan rentak
puisi:kdg2 aku rase sgt bodoh
cewek:masih xperlu
kawan2:satu keperluan
h1ni:please visit my lovely uitm
saf:dieorg training mcm national team!
budak skolah:over exposed
duit:jgn la habis..
malam:jgn la siang..
otak:jgn berfikir byk sgt
damn..

Monday, June 15, 2009

pergi

sial
40 minit yang lalu aku menangis
puas
panas
dah lame aku tak menangis
aku bangun
cucuh rokok
berak
siap
minum air masak
ambik air sembahyang
aku capai alquran kecik
aku bace
oh Tuhan itu benar benar menenangkan!

Friday, June 5, 2009

garis jangan menangis

garis jangan menangis
nanti punah tarimu
cacat lurusmu

garis
tahan saja ngilumu
hingga sampai hajat
biar tak bersambung
biar tiang
biar pembentung

garis jangan menangis
kaku di situ
sehingga dimusnah
di luar kuasamu

Tuesday, June 2, 2009

tiada tajuk

dia kata pelangi,dia kata serakan
dia kata cantik,dia kata taman
dia kata gadis,dia kata perempuan
dia kata cinta,dia kata perasaan
dia kata pening,dia kata tak makan
dia kata hujan,dia kata rezeki
dia kata hilang,dia kata cuai
dia kata penat,dia kata bertangguh
dia kata tak tahan,dia kata nafsu
dia kata bosan,dia kata tunggu
dia kata sampai bila,dia kata sampai jumpa
dia kata jumpa apa,dia kata jumpa apa yang kau tunggu.dari tadi.

penangan


selasa.4.45 am.orang mimpi.aku xboleh tidur.inilah penangannya.karya bodoh seorang insomnia.

Sunday, May 31, 2009

kau,kau,kau.semua gila!

hey tunggu!kenapa nak pergi?!
majlis tak selesai lagi
banyak lagi sampah belum dicurah
kuman yang belum disepah sepah
nafas yang belum disekat
cahaya yang perlu dibias
otak perlu dibakar sampai panas

kenapa sekarang mahu berhenti?!
alang alang menyeluk pekasam..
biar sampai dunia ni hitam
hidupan tinggal separuh badan
lagi nak dibiar berjalan..
cabut rohnya
kita berkuasa
kita dewa
kita lah raksasa
orang gila!

rasanya sama sahaja
yang menghujah
yang menggulung
yang melaksana
kononnya...
sumbat saja lagi mereka ternganga
bahagia
bahagia kerana telah buta
bahagia tak tahu dunia ada dua!

entah
kitab dah lama turun
bukan semalam bukan tadi
patutnya tahu
kalau sudah otak beku
direbus diminum pon masih tak tahu
bukan bodoh bukan dungu
kalau pintu dikedap getah
mana angin nak datang mencelah

marah si perosak
gayanya diadaptasi
malah ditokok tambah
cukuplah saja dia yang gila
kenapa yang lain mahu mencuba?
mampos lah semua
memang tiada apa yang akan tinggal
kecuali kepala di acah dipenggal
biarkan lah semuanya gila
nanti ada lah yang mengalah
teruskan gila
dan tunggu sahaja

rasa (bahagian 2)

kukuh teras itu
ditampungnya tekanan sekeliling
silinder diagak teguh disambung tanpa henti
padah plastik bocor sendiri
mungkin silap mencebur diri
kejuruteraan rasa memakan masa
pelan cantik usaha tak sama
runtuh puing tanggung ruginya

arus terlalu kuat
berpaut sampai tersiat
belum tentu akan selamat
dilepas untuk hidup
namun jauh bukan lalang
akar masih ada harapan
berjalan untuk berjalan
biarlah isi dimakan

biar
bukan salah siapa siapa
arus ulang alik ada yang pergi ada yang balik
fikiran orang tak dapat ditilik
pedulikan yang mengata yang berbisik
kita tahu mana yang baik
jalan ini yang kita pilih