Tuesday, March 30, 2010

you sick

dah lama x jenguk
sebab apa?
sebab aku menyampah
aku menyampah tgk aku yang dulu
aku menyampah menunggu
aku menyampah rasa x guna
aku menyampah tgk benda x jadi
aku menyampah rasa tebal muka
aku menyampah dada berdebar
aku menyampah tgk org yg aku menyampah
aku menyampah org mengata
aku menyampah org negative
korang tahu apa bodo
aku tahulah
sebab apa aku jenguk balik?
sebab aku x nak lari
nah hadap la tadah la
ini la engkau
dan aku x ambik pusing satu sen pun

Wednesday, January 13, 2010

amateur for peace & harmony

siapakah yg menghuru harakan negara aku? bermula dgn isu kalimah Allah sehingga meng “molotov cocktail” gereja2? naik court pn sudah. menteri2 dh berjanji akan selesaikan dgn secepat mungkin. sesetengah father2 pun dh mengerti. cukuplah dgn demonstrasi2 & laporan2. xpyh bertindak dgn sebegitu ekstrem. omputih bkn main syok lg dok bahan kita. “evidence of racist”, “freedom of religion in Malaysian way”, apa tah lg mereka kata. kepada extremist2 sekalian, apa pn niat kamu semua, ianya bukan dgn cara yg baik. niat tidak menghalalkan cara. bertindaklah seperti manusia bijak yg dikurniakan akal fikiran oleh Allah s.w.t. kpd bangsa atau agama yg lain, silalah hormati pendirian dan perlembagaan negara ini. hormatilah tuan tanah ini. org berbudi kita berbahasa, org pijak kepala huru hara la jadinya. alah omputih tu aku xheran pun. depa lg racist kot. cume kita perlu gain trust dari negara luar agar mereka yakin negara kita ni aman. baru la depa nk invest.baru maju negaraku. tidak aku teruja dgn theme 1 Malaysia tu. tp itu je cara utk terbaik utk kita semua hidup bersama. semoga semua org mahu hidup dlm keadaan aman. ya Allah, selamatkan negaraku dari sebarang bala bencana.amin..

tapi kan, korg rasa siap yg dok bom2 ni? aku rasa org yg rendah ilmunya. buat tindakan tanpa berfikir panjang stlh berpakat sesama mereka. tak pun mungkin ianya dirancang.oleh org2 jahat yg nk memburuk2 kan negara kita.atau mereka mmg dilahirkan sbg seorg extremist? pd aku, biarlah kali ini ISA yg power tu bertindak.dia org sudah bikin semua org susah hati. heralds newspaper, boleh2 dh mengalah. korang pn sama dh buat hal (in fact,pulled the trigger). mengalah sudah. marilah sama2 menghormati. amin sekali lagi.

for the sake of being nocturnal

lagu utk tidur yg diulang2 samp pagi.

this modern love.blocparty
fakeplastictree.radiohead
lengkap semula.butterfingers.
endlessly.muse
have you ever danced with the devil under the pale moonlight.deepset
the clouds tell.lukestar
prindu.laila's lounge
heima.sigur ros

Friday, January 8, 2010

the crossed fingers




dah lama aku nak lukis benda ni.dirasuk lagu fatal laila’s lounge(sayangnya mamat tu entah ke mana). aku teringat. tidak jujur atau mencuba. ahh abaikan sehelai bulu kaki aku yang tercabut tu.

those who tell the truth shall die

bahasa yang keliru
membuka almari
aku perlukan baju lengan panjang yang tebal
menggigil
suis dimana?suis dimana?
mungkin ini

siapa mereka ini?
bersenjatakan batu dan bom petrol
dalam botol coca cola
tak pernah pun minum
kutip entah di mana
oh aku tertekan penggera senyap!

salam salam
bukan aku yang kamu cari
di sana bangsa yang dikurniakan dewa ilmu kebal
khabar angin butang undur ada di seberang
mari cuba cari
sampai boleh melihat tayangan masa lepas
hanya tayangan
tak mengapa
mari pergi

oh mereka terlalu hebat
tapi dewa mereka berbohong
ada yang berdarah
boleh
tapi kita ada keciciran
cicir di mana?
adakah ramai ini sahaja?
setakat ini
butang undur hanya
halusinasi sebelum mati
yang dijanjikan hanya mimpi
tunggu lagi satu generasi

Wednesday, December 30, 2009

every distance is a journey

jalan dan lihat
buang rasa bosan buang rasa beban
buang rasa sombong buang niat bohong

jalan dan lihat
setiap halangan satu galakan
setiap cubaan satu peringatan

jalan dan lihat
sedut ilmu buat kawan
rezeki halal buat makan

jalan dan lihat
ya
semoga aku cukup positif!

Tuesday, December 22, 2009

constructive notice for a beast

aku mahu donut.dia nak bagi lemang.aku mintak lagi sekali.aku mahu donut.katanya,"tak dapatlah.kau tak akan dapat apa yang kau suka".hurm..betul lah tu.hidup ni memang camtu.tapi dia ada silap sikit.sebenarnya boleh dapat jugak.kalau usaha & doa.tapi kalau takat nak donut tu takde lah aku berie macam tu!