Friday, January 8, 2010

those who tell the truth shall die

bahasa yang keliru
membuka almari
aku perlukan baju lengan panjang yang tebal
menggigil
suis dimana?suis dimana?
mungkin ini

siapa mereka ini?
bersenjatakan batu dan bom petrol
dalam botol coca cola
tak pernah pun minum
kutip entah di mana
oh aku tertekan penggera senyap!

salam salam
bukan aku yang kamu cari
di sana bangsa yang dikurniakan dewa ilmu kebal
khabar angin butang undur ada di seberang
mari cuba cari
sampai boleh melihat tayangan masa lepas
hanya tayangan
tak mengapa
mari pergi

oh mereka terlalu hebat
tapi dewa mereka berbohong
ada yang berdarah
boleh
tapi kita ada keciciran
cicir di mana?
adakah ramai ini sahaja?
setakat ini
butang undur hanya
halusinasi sebelum mati
yang dijanjikan hanya mimpi
tunggu lagi satu generasi

No comments:

Post a Comment