Saturday, October 17, 2009

penghargaan

ya terima kasih kpd management federal highway (aku rasa lah) kerana telah menanam pokok di sepanjang jalan motosikal (back in ten years ago maybe).menunggang motosikal di tengah hari pacak,bayang bayang pokok tu lah penyejuk hati rider rider yg ada kerja.besar pahala korang.cuma banyakkan lampu.aku takut.

Friday, October 16, 2009

siri bercakap dengan cermin

bodoh
mahu mencipta sesuatu yang lebih berat
dari segi timbang atau dari segi tebal?
dari segi kenyang atau dari segi kembung?

berita keluar dari kotak
mahu berperang
ohh bukan aku kata kau tak berotak
kau fikirlah
lut atau tidak

kasihan
melihat kereta diconteng
dari hitam penuh abjad warna putih
tapi kalau dilihat
difikir
jelas itu satu balasan
hukum karma atau hukum tuhan
uhh baik aku beringat

ketawa
berjoget joget anak bumiputera
menghibur kawan kawan
buat tak tahu saja
asal mereka suka
peratus "yang boleh dipakai" tidak boleh dikira di ketika itu
di kala bencana baru tahu
yang mana tahi lalat yang mana bulu

sinis
tiada orang tahu
diatur halus macam debu
atau lebih kepada kaca yang ditumbuk halus
sedikit keji

kabur
duduk di belakang memang kabur
sangkakan pernah makan muntah hantu
kebal tak kan rabun
bertahun melihat sekarang dah kurang nikmat
nak diperbaiki banyak beban
makan pun tidak masakan mahu berubat

lemau
dari pagi bawa ke tengah hari
tengah hari bawa ke petang
baru melintang hari dah malam
hari ini dah hujung mingu
minggu depan minggu baru
ulang semula
ulang semula
ulang semula
bodoh kasihan ketawa sinis kabur lemau
bertaruh?
lima juta
isu yang pasti akan bertambah
pasti.

Thursday, October 15, 2009

aku tak peduli

sekular dalam selimut
hipnosis orang buta
menari tengah jalan
pedih dipanah hujan

gunting dalam surat
isi tidak jelas
tenang dalam pandang
niat jadi umpan

api dalam pemadam
kerusi untuk istana
musang dalam mimpi
berbalah dalam kandang

duri dalam parut
amnesia dalam janji
khayal memilih seru
keliru
sesat di jalan baru

Tuesday, September 8, 2009

in his hand

"abah anta org pegi klinik kjp sebelum naik bas nnt?.."
"ha",spatah & kasar bunyinye.
mcm tu la seorg bapak.gaye je nk mkn kau.tp die on je.heh.

itulah bapak aku yg aku panggil abah.xbyk bunyik die.tp sekali die berdehem,senyap kitorg adik beradik2.tp garang2 die die xpukul anak sgt.seingat aku,mase aku kecik sekali je die pukul aku.aku kene bantai dengan batang bunga kantan.haha.itu yg setakat aku boleh recall lah.tah mcm mane kiteorg takut sgt dgn abah.

aku drive abah duk sbelah.smpai kt pekan pegi satu klinik ni.penuh.pegi yg satu lg penuh jgk.apehal tah ramai sgt org sakit.utk menjimatkan mase aku menapak je ke blok satu lg.bapak aku maintain eksyen die.die ikot.tp jauh sket kebelakang.xmau die jln kaki keliling pekan dgn anak.malu agaknye nmpk dek org.haha.gelak dlm hati aku smbil bejalan.

dah selesai consult sama doc amek lah ubat.kene byr.aku kuarkan wallet aku,laju je die tepis tgn aku.apehal lak ni??.ho...die hulur duit die..dlm ati aku,ikot kau la bah.jimat duit aku.haha.die bg rm 5o.ade baki rm 15.aku pegang lah dulu.

dah sudah menapak balik ke kereta.sbb sunyi mcm senyap aje due2,aku pon besuare.

"senang skit mcm ni,jalan kaki.xpayah pusing2 carik parking".

yelah.aku pon dh biase dgn mslh parking di bandar.so xkisah pon menapak.bg abah yg hidup di pekan kecik cmni,mungkin agak pelik menapak keliling pekan sedangkan ade kereta.

"tapi letih tu la..",tibe2 abah menyambung.dlm mengah2 die.

"xpe la kire bersenam la ni bah".

"bersenam ape benda tengah2 hari pacak ni", jwb abah dgn koolnye.

haha amek kau!jgn main gile dgn abah.tp tibe2 aku tgelak.haha.e eh??abah pon gelak same??haha.di tgh hari pacak tu kami due beranak gelak sambil berjalan.hahaha.

ade lg 1/2 jam sbelum departure bas aku.abah suruh aku singgah kedai makan.aku on je since aku pon xbreakfast lg.dapat makan gulai tempoyak ikan patin adalah ending terbaik bg percutian aku di kampung.peh..dah sudah aku pon keluar la baki rm15 td utk stel semua.bukan duit aku pon,duit abah.skali lagi abah buat perangai same.die jgk nk byr.amboi org tua ni...xnak kalah betul.nak control game aje.ikot kau la bah..

akhirnye tibelah masa utk aku berangkat.salam dgn org tue aku.mcm biase lah kitorg salam mcm tu aje.aku dh tau perangai die.nk tunjuk keras aje.kang aku bkak cite die menangis mase aku mule2 masuk uitm merbok kang malu!hahaha.selamat tinggal bah.duk kt umah ngn mak baik2.jgn nk begadoh aje.abah tu da tue jgn keras hati sgt.terima kasih byk2 bah!!!



Monday, August 31, 2009

al-kisah~

tersebut satu kisah di negeri hujan panas.kisah ttg paranoid dan sikap2 lain yg tak timbul di permukaan.pd awal penghijrahan manusia ke negeri hujan panas,tiada apa yg ada.kosong.apa yg ada hanyalah spesis binatang trbg yg sering mengganggu manusia yg mereka pggil nyamuk.

kerana x tahan diganggu nyamuk,manusia di sana telah mencipta kelambu utk mghalang dr diganggu nyamuk.malngnya kelambu susah utk dibawa merata2.lalu mereka mencipta kereta supaya dpt berlindung drpd nyamuk setiap masa.namun kerana penat kehulu kehilir mereka rasa mereka ptt berehat smbil berlindung.lalu mereka mencipta rumah2 yg selesa.

lama kelamaan semakin byk ciptaan manusia di ngeri hujan panas utk melindungi diri mereka dri dganggu nyamuk.tu belum cmpur ciptaan2 smpingan spt kelambu dari bahan tiruan,jalanraya utk kereta,bahanapi utk kereta,air cond utk rumah & mcm2 lg lah.

oleh kerana sistem perlindungan yg mantap oleh manusia,nyamuk2 di negeri hujan panas mula berasa bosan dan hanya melepak di tepi longkang kerana rumah mereka pn dh dimusnahkan manusia utk membina facilities mereka td.hidup nyamuk hampir xberguna lgsg.bak kate nyamuk2 muda,young & hopeless.

tanpa mereka (nyamuk2) sedari,sistem bdn mereka telah dimutasi olehsisa2 buangan drpd ciptaan2 manusia td.tp lgsg mereka xtahu lgsg ttg kelebihan & kesan mutasi tersebut.namun begitu manusia yg lebih bijak menyedari hal tersebut lalu merancang operasi ala2 ethnic cleansing terhadap segala keturunan nyamuk.lalu lahirlah pelabagai racun utk membunuh nyamuk.

sbg balasan,nyamuk2 telah mula menyerang manusia wlupun mereka kecik xpadan lgsg.namun begitu,kesan2 mutasi telah mnyebabkan manusia2 yg diserang & digigit nyamuk boleh mati( brdasarkan "power" nyamuk tersebut).perkara ini berlarutan sehingga ke hari ini.manusia masih meneruskan usaha mereka.mencipta pelbagai benda.pelbagai kesan turut hadir.nyamuk pula semakin gagal mengawal diri.kesan mutasi mengambil alih sitem bdn membuatkan dendam mereka terhadap manusia makin marak.smp dahaga darah.bila akan habis xtahu.mgkin smp dua2 spesis lenyap dari negeri hujan panas agaknya..

Sunday, August 30, 2009

taman taman terkini

aku baca aku sesak.seorang pemuda mcm aku spttnye xsesak.seorang pemuda mcm aku pttnye sedang rileks.hidup terpengaruh & mmpengaruh.ya betul aku terpengaruh.tgk saje tulisan aku.bahasa cmpur aduk short form merata2.tp klu org boleh faham msih xmengapa.xperlu aku eja semua & aku buat ape yg aku biasa.slagi xformal.tapi knape aku rase rimas.aku xprihatin lgsg terhadap ape yg berlaku pd org lain.tp aku rase rimas.sehingga aku menulis membuta tuli rojak sane sini xmengikut rangka karangan.

mmg betul surat khabar melayu propaganda.berite ttg kumpulan melayu yg tersepit dlm bangsa sendiri.rencana ttg org muda melayu.yg bosan dgn kepimpinan mencari alternatif membuta tuli.tp utk perhatian,bkn semua.melantun2 mencari kebebasan sendiri.bangga dlm kumpulan sendiri bodoh lgsg pd mata org lain.

orang tua bergaduh berebut.dasar otak bijak tipu org kmpg.bwk berarak keliling kota.org kmpg bangga masuk kota.org kota pening kepala.disitu la silap pakcik2 melayu.buat sesuatu dgn pertimbangan.jgn mudah ditipu jgn mudah dieksploitasi.org jht merata2.nk2 pulak yg cerdik.org cerdik yg jht adalah org yg hebat.bijak menilai bkn dlm berbelanja shj.apply dlm kehidupan jgk.bile bersongkok berkopiah berserban buat kacau,xelok sgt nmpknye.bdk kecik pn tahu.aku yg xpeduli ni pn tahu.

orang muda bkn xde usaha nk masuk cmpur.ramai.aku pn ade rase.siapa xmahu hidup dlm tanah yg aman..channel nye aku tak tahu.yg sedia ade ketuanya byk aku xsuka.bkn jenis aku.pakai kemas salam tunduk belakang duduk rumah sendiri pn pengotor.ckp lebat kawan normal bukan ramai pun.hidup dikalangan & atasan.

masalah psychology?org melayu & psychology mmg sinonim.drpd sosial ekonomi smp la ke sukan.org melayu xtahan tekanan.mudah bengap kepala menggelabah menyerah kalah.tp tuhan selalu rahmati kita.sbb kita melayu yg salah satu cirinya mengikut perlmbagaan beragama islam.bila sudah menyerah,pasti akan dtg satu peluang.di saat itu baru rasa betapa bodohnya berputus asa.klu tidak,semuanya akn selesai segera.satu penyelasaian & juga alasan,satu perancangan.tengok.dah buat silap pon masih ade can.sempat lg buat perancangan baru.betapa kita disayangi tuhan.

aku xramai kwn berbangsa lain.aku tak kisah asalkan masuk kepala.nk berckp psl diskriminasi,se aman taman tetap ade.cuma bertukar nama.greatest happiness for the greatest number of people katenye.yg penting hati semua pihak boleh dijaga.jgn lah perpaduan tu setakat di iklan sahaja.yang penting mmpu mengawal keadaan jangan ade kacau bilau hasutan.

ape yg kita cari semuanya hampir sama.aku tulis blkg cahaya.aku nmpk muka aku sendiri pd skrin laptop.aku tulis aku nmpk dulu aku terasa dulu aku terima dulu.mengikut format tipikal sppttnya skrg aku kne tulis psl harapan atau cadangan.aku xkn tulis cdgn.cdgn dh bersepah xberjalan.semua org ade cdgn.harapan aku kita semua dpt hidup aman.semua org mampu semua org dpt peluang.selamat menyambut kemerdekaan yg ke 52..

Tuesday, July 21, 2009

new post

yes!!!im still breathing!!biarpon masih sesak.spanjang tempoh kematian byk yg aku belajar.ape itu manusia ape yg manusia suka.ohh lately aku byk memerhati.quite psycho neh?org klu da jd bodoh mcm tu lah.berikot adalah self-survey yg telah aku jlnkn:

media:propaganda
post rock:tq so much!
national art gallery:aku nk tido sane
mak:jgn la syg aku sgt
tee printing:korang da rosakkan nilai2 seni
bola:mu lwn 2 kali?hek eleh mu
bills:pending issue
study:kehilangan rentak
puisi:kdg2 aku rase sgt bodoh
cewek:masih xperlu
kawan2:satu keperluan
h1ni:please visit my lovely uitm
saf:dieorg training mcm national team!
budak skolah:over exposed
duit:jgn la habis..
malam:jgn la siang..
otak:jgn berfikir byk sgt
damn..