Friday, October 16, 2009

siri bercakap dengan cermin

bodoh
mahu mencipta sesuatu yang lebih berat
dari segi timbang atau dari segi tebal?
dari segi kenyang atau dari segi kembung?

berita keluar dari kotak
mahu berperang
ohh bukan aku kata kau tak berotak
kau fikirlah
lut atau tidak

kasihan
melihat kereta diconteng
dari hitam penuh abjad warna putih
tapi kalau dilihat
difikir
jelas itu satu balasan
hukum karma atau hukum tuhan
uhh baik aku beringat

ketawa
berjoget joget anak bumiputera
menghibur kawan kawan
buat tak tahu saja
asal mereka suka
peratus "yang boleh dipakai" tidak boleh dikira di ketika itu
di kala bencana baru tahu
yang mana tahi lalat yang mana bulu

sinis
tiada orang tahu
diatur halus macam debu
atau lebih kepada kaca yang ditumbuk halus
sedikit keji

kabur
duduk di belakang memang kabur
sangkakan pernah makan muntah hantu
kebal tak kan rabun
bertahun melihat sekarang dah kurang nikmat
nak diperbaiki banyak beban
makan pun tidak masakan mahu berubat

lemau
dari pagi bawa ke tengah hari
tengah hari bawa ke petang
baru melintang hari dah malam
hari ini dah hujung mingu
minggu depan minggu baru
ulang semula
ulang semula
ulang semula
bodoh kasihan ketawa sinis kabur lemau
bertaruh?
lima juta
isu yang pasti akan bertambah
pasti.

No comments:

Post a Comment