Wednesday, December 30, 2009

every distance is a journey

jalan dan lihat
buang rasa bosan buang rasa beban
buang rasa sombong buang niat bohong

jalan dan lihat
setiap halangan satu galakan
setiap cubaan satu peringatan

jalan dan lihat
sedut ilmu buat kawan
rezeki halal buat makan

jalan dan lihat
ya
semoga aku cukup positif!

Tuesday, December 22, 2009

constructive notice for a beast

aku mahu donut.dia nak bagi lemang.aku mintak lagi sekali.aku mahu donut.katanya,"tak dapatlah.kau tak akan dapat apa yang kau suka".hurm..betul lah tu.hidup ni memang camtu.tapi dia ada silap sikit.sebenarnya boleh dapat jugak.kalau usaha & doa.tapi kalau takat nak donut tu takde lah aku berie macam tu!

Sunday, December 20, 2009

behind my back

sedang aku belek2 facebook(ruangan sosial yg masuk tv1??),aku terjumpa carutan2 lama aku!hahaha.mengarut kt fb then tag kwn2.main2 aje kejenye.suke tulis bnde mngarut.menulis notes xmau!haha.bodoh betul aku dulu.bodoh2 pn habis suda degree aku.ini adalah antara benda2nya:

minggu miggu terkini seorang pemalas(pretty rain outside my house)
-----------------------------------------------------------------

ku dongak kelam aku tunduk bukan malam
susur batu hitam penuh sikit aku xseram
2 tahun aku bergerak luar dan dalam
jarang jarang aku pitam

aku dongak lagi nampak makin pekat
tebal tebal makin likat
terdetik, hari ni ke kiamat?
oh bukan...
semalam mcm ni jgk siap ade petir & kilat

aku dongak lagi sekali aku nampak kaca
gugur berterabur menerpa nerpa
kututup visor agar xbuta
dada dicucuk aku jalan juga
kerana aku bukan kaya dan ikut Maha Kaya
hanya mampu beroda dua
faedah niat aku,bukan berlumba

sudah berminggu berulang kali
dulu kering sampai panas hati
bila x ade orang maki maki
asal marah,Tuhan pon xpeduli

berat deras membelah angin
menggeletar tulang dari dingin
tapi masih ada yang xingin
dihambur diluah macam gile isim
umpama berdosa memecah mainstream

tapi dah selalu,goyah goncang iman aku
aku tahu Dia tahu
nak disuara,aku rasa xperlu
kerana jalan mencariNya jarang aku ketemu
masa kan Dia mahu mendengar rasaku

kadang kadang putus asa kelas aku buat lupa
sudah hujan tiap tiap hari ada
dah tiap tiap hari ada,itu la jadi alasannya!
ikut hati mati ikut rasa biarlah aku binasa!

tidur dalam comforter mata lenang
bangun bengkak tapi hati xsenang
xape,besok aku pinjam lusa aku ulang
otak masih berjalan tahu nak berjalan bawah lampu terang

eh!tapi klu ari2 shah alam ujan jem jgk dow!
baju ujan aku da la cap ayam!button rosak cukup!arghh!!!ape aku nk buat ni!!!aku tido lg kang ha.ahhh slambe je la redah!lebat sgt duduk je la bwh jambatan!ARGGHHH!!!!!!!!
ha lagi satu!yang mane dtg time aku xdtg tu,tlg la signi!hahaha!.t korang xdatang aku sign utk satu sem punye!hahaha




serampang satu mata(bias is ordinary all day long)
-------------------------------------------------
bukan senang nak jadi senang
kerana senang tak datang melayang
kalau senang datang melayang sudah lama aku terbang
indah khabar dari rupa
tiada rupa tiadalah khabarnya
hanya tinggal orang mengata
3 minit tidak bertitik
kau main muzik aku tak tahu petik
belakang
aku tak pernah kritik
keluar luar nampak tenang
tiada satu selku yang menang
kerana hatiku tak pernah senang
badanku xbesar selalu susut
tiada jin di dalam perut
hanya satu otakku serabut
serampang satu mata satu tujuanku bukan tiga
kerana marahku kepada paparan kotak yang berjaga
kenapa lembab tiada berdaya?
kau dah cap hyundai
pakai maxis broadband
kejap kang disconnect
kejap kang disconnect
ape ni mat?bangun la mat
aku nk on9 knape lembab beno?dah aku merepek macam org gile ni ha
why this is happening mat?
adakah pc ini mengdiskriminasi warna kulit dan ketinggian?
ha?
biar sume org tau aku bengang
siot btol la..
i luv u mozilla firefox!

Saturday, December 19, 2009

stairway to heaven

bila aku balik bercuti,yg paling ditunggu2 adalah lunch.layan siot..tp since rumah kampung ni papan x papan sgt,die jd panas kalau siang.xde air circulation sgt kot.hobi aku plk mkn depan tv.nk mkn btol2 dpn tv,kt tgh2 rumah tu panas.tv kt dapur xde astro.mcm mane nk tgk tom tom bak (rancangan merosakkan akhlak kanak2).solution nya,aku mkn atas tangga.bleh dpt angin dari pintu bwh.atas simen pn sejuk la sikit.duduk atas 3rd anak tangga,pinggan atas 4th anak tangga.mkn punya mkn, mak aku sound;

"kau ni.asyik mkn kt tgh2 tangga aje.xbaik.nnt buat kerja separuh jalan".

nnt buat kerja separuh jln?dlm makna tu.aku tercengang.masa tu otak aku xbleh focus kt tv,berfikir semua kerja2 separuh jln yg telah aku gagal sempurnakan.byk jgk.org jenis ape aku ni.bahaya btol.aku xnak dh buat kerja separuh jalan.cuba lg boleh.klu xboleh jgk tu kira separuh jln ke lbih sikit dari separuh?eh mak aku ni..terus berfikir smbil mkn.tp 2 pinggan jgk la aku mkn.besoknye aku mkn lg atas tangga.dh panas,nk buat mcm mana.buat apa aku berusaha bersungguh mkn dlm kepanasan.itu yg terbaik!

Tuesday, December 1, 2009

whisperer

pejam mata pejam
jangan lari hukum alam
ligat otak ligat
berhenti sudah penat

apa lagi yang dibisikkan
bukan aku tak kenal kau
cuba bertempel pada otak semua orang
dengan dorongan yang tidak bertempat

bukan aku tak kenal kau
juga bukan mudah nak menyingkir kau
tegak tunduk duduk angkat tangan
sekejap kau pergi sekejap kau kembali
berambus
berambus bodoh

qussass mencari pendengar
kau memanipulasi pendengar
jauh lagi hina
aku sudah beritahu
tidakkah kau takut?
menjawab
tidakkah sepatutnya engkau yang takut?
mengapa aku yang perlu takut?
menjawab
aku masih lagi bertempel di sini
dan kau masih terdorong
nampak?

sial kau
pejam mata pejam
ikut hukum alam
diam otak diam
diam otak diam